Pengetahuan Dan Perbuatan Muslim
January 28th, 2011 § 2 Comments
Pada hari ini, suka untuk ana berkongsi satu ekstrak dari Imam Abu’l a’la al-Maududi dari bukunya bersama Al-Syahid Sayyid Qutb, “La ilaha IllAllah:Manhaj Hidup Muslim”. Insya Allah semoga kandungannya bermanfaat untuk renungan kita semua:
“Perbezaan Muslim dan Kafir: Pengetahuan dan Perbuatan
Pengetahuan bermaksud seorang Muslim harus tahu siapa Tuhannya, apa perintah-perintahNya, bagaimana menuruti kehendak-Nya, yang mana disukaiNya dan yang mana dimurkaiNya. Apabila sudah diketahui hal-hal tersebut, maka langkah yang kedua ialah dia haruslah menjadikan dirinya sebagai hambaNya dan melaksanakan kehendak-kehendakNya. Apabila hatinya ingin melakukan sesuatu perbuatan, tetapi perbuatan itu bertentangan dengan perintah Allah, maka dia mestilah meninggalkan keinginannya sendiri dan melaksanakan perintah Tuhannya.
Apabila suatu perkara yang kelihatan mulia di matanya, tapi Allah mengatakan bahawa perbuatan itu hina, maka dia harus memandangnya hina juga. Sebaliknya, apabila sesuatu perbuatan nampak hina di mataNya, tapi Tuhannya mengatakan mulia, maka dia mesti memandangnya mulia juga.
Apabila dia melihat bahawa sesuatu pekerjaan mengandungi bahaya, tetapi Tuhannya mengatakan bahawa pekerjaan itu harus dilakukan, maka bagaimanapun juga dia mesti mengerjakanNya, walaupun dia mungkin akan kehilangan harta benda atau bahkan nyawanya. Sebaliknya, bila dia memandang bahawa suatu pekerjaan akan mendatangkan keuntungan baginya, tetapi Tuhannya melarangnya untuk mengerjakan pekerjaan tersebut, maka dia wajib meninggalkannya, walaupun pekerjaan tersebut boleh mendatangkan keuntungan sebanyak harta benda yang ada di seluruh dunia ini.”
Berdasarkan ekstrak daripada Imam al-Maududi di atas, dapatlah kita ketahui bahawa yang membezakan kita dengan orang kafir adalah pengertian kita akan Allah, mengenali jalan yang benar dan melaksanakan perintah-perintahNya. Atas dasar itu, tanggungjawab kita adalah benar-benar melakukan apa yang disuruh Allah, dan meninggalkan larangannya dengan bersungguh-sungguh. Seandainya kita tidak ada pengetahuan dan perbuatan ini, secara logiknya tiada apa lagi yang membezakan kita dengan orang kafir. Kedudukan sebagai seorang Muslim itu tidaklah diperoleh dengan kelahiran, keturunan mahupun kasta. Kemuliaan seseorang di sisi Allah adalah semata-mata kerana ketaqwaannya kepadaNya. Allah s.w.t. berfirman dalam al-Quran:
“.. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu adalah orang yang paling bertaqwa.”- Surah al-Hujuraat ayat 13.
Antara Usaha Dan Pertolongan Allah
January 10th, 2011 § Leave a Comment
Rumah Rasulullah telah dikepung. Sebelas kumpulan penjahat daripada pelbagai kabilah mengintai di sebalik persembunyian mereka. Dalam situasi yang amat genting itulah, Rasulullah s.a.w. menyuruh Ali B Abi Talib tidur di tempatnya sambil mengenakan selimut yang biasa baginda gunakan. Kemudian, baginda keluar dari rumahnya, menuju ke rumah Abu Bakar As-Siddiq. Mereka berdua menuju kea rah selatan, dan tiba di Gua Tsur, di atas puncak sebuah bukit yang cukup tinggi. Selama tiga hari mereka berdua bersembunyi di gua itu.
Dengan ditemani seorang penunjuk jalan bernama Abdullah bin Uraiqith, Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar meneruskan perjalanan ke arah selatan. Setelah melewati daerah pantai dan kawasan sepi yang hampir tidak pernah dilalui orang, mereka kembali ke arah utara menuju Madinah. Rasulullah tiba di Quba’ dan mendirikan masjid di situ. Setelah empat hari, beberapa orang sahabat datang menjemput baginda dan bergerak menuju Madinah.
Kisah perjalanan hijrah Rasulullah s.a.w. itu tidak asing lagi bagi kita. Sebuah kisah yang sarat dengan pengajaran. Kejayaan Rasulullah s.a.w. menyelamatkan diri daripada kepungan dan kejaran orang-orang yang ingin membunuhnya itu, tidak cukup dijelaskan semata-mata kerana pertolongan Allah. Meski itu yang paling utama, tetapi aspek utama Rasulullah s.a.w. sebagai manusia pun sangat nyata.Bahkan, kalau kita teliti, pertolongan Allah itu muncul dan menjadi kunci kejayaan setelah segenap usaha dilakukan.
Antara usaha Rasulullah s.a.w. ketika peristiwa Hijrah:
- Menyuruh Ali bin Abi Talib supaya tidur di peraduan baginda.
- Bersembunyi di Gua Tsur yang letaknya bertentangan dengan arah Madinah.
- Menyuruh Amir bin Fuhairah, bekas hamba Abu Bakar untuk mengembala kambing di sekitar dan di sepanjang jalan menuju ke gua untuk di ambil susunya dan menghilangkan jejak.
- Asma’ binti Abu Bakar sentiasa membekalkan makanan kepada ayahandanya dan Rasulullah s.a.w.
- Abdullah bin Abu Bakar menginap bersama mereka di gua dan sebelum matahari terbit, dia sudah berada di Mekah. Dengan itu, Rasulullah s.a.w. mengetahui semua rancangan orang-orang kafir yang terus mengejar dan ingin membunuhnya. Sebaliknya, orang-orang kafir tidak pernah curiga kerana Abdullah bin Abu Bakar selalu bersama mereka di siang hari.
Namun semua itu hanyalah usaha maksimum manusia. Hanya kuasa Allah jualah yang mampu menutup mata dan hati para pengepung sehingga Rasulullah s.a.w. berjaya menyelamatkan diri, menggerakkan hati orang-orang kafir untuk tidak masuk ke gua. Kekuasaan Allah jugalah yang telah menggerakkan hati burung merpati untuk bertelur di pintu gua, labah-labah untuk merangkai sarangnya hingga menutup pintu gua. Suraqah bin Naufal masih mampu menemui mereka, namun pertolongan Allah juga yang menyebabkan kaki kuda Suraqah terpelecok sehingga menyebabkannya tidak sanggup menangkap ataupun membunuh Rasulullah s.a.w.
Begitulah perjuangan. Ia tidak hanya cukup dengan kerja keras dan usaha maksimum, tetapi juga memerlukan pertolongan Allah. Sebaliknya, bantuan Allah tidak akan turun begitu sahaja. Dua faktor ini ibarat duit syiling yang tidak dapat dipisahkan.
Kemenangan memang akan menjadi milik umat Islam.
Tapi, tugas kita bukanlah menunggu.
Tugas kita berusaha, berjuang, berkorban dan berjihad.
Allah s.w.t. telah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah akan membela kamu (untuk kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu” Muhammad : 7
Sumber: Belajar Dari Dua Umar, Hepi Andi Bastoni: bab “Antara Usaha Dan Pertolongan Allah”
Komen penulis:
Saya sendiri berasa terkesan dengan artikel ini. Bukan sahaja pelajaran, perjuangan, malah bidang perniagaan juga saya tidak memberi usaha maksimum. Maka, kesannya menjejaskan bukan sahaja diri saya, malah juga sekeliling saya. Hakikatnya, tiada sebab kita tidak berikan yang terbaik dalam hidup kita. Kerana dunia adalah ladang untuk akhirat, seperti mana tema blog ini, “Dunia Untuk Akhirat Jua”
Saya tutup kalam kali ini dengan sepotong hadis Nabi Muhammad s.a.w. daripada Riwayat al-Baihaqi:
“Sesungguhnya Allah menyukai, apabila seseorang kamu mengerjakan sesuatu pekerjaan, supaya dikerjakannya dengan baik dan sempurna”
Minta Tunjuk Ajar
October 11th, 2010 § Leave a Comment
Assalamualaikum..
Allahumma solli ‘ala muhammad,
wa’ala alihi wasohbihi wasallim..
OK, berkenaan post ini, saya dengan rendah diri, ingin meminta tunjur ajar daripada pengunjung-pengunjung yang dirahmati Allah, tentang sebarang penambah baikan yang boleh dilakukan demi improvement pada blog saya ini..
mungkin tunjuk ajar dari segi appearance ke, widgets2 ke.. asif, saya masih baru dalam blogging.. nak explore sendiri, insyaAllah boleh.. tapi tidak salah andai ada di antara pengunjung yang nak berkongsi ilmu dengan saya..
Sedikit perkongsian, insyaAllah..

Wallahu ‘alam..
First Try
October 9th, 2010 § 1 Comment
Bismillah, ar-rahman, ar-rahim..
Maka dengan ini, sy merasmikan blog sy, “Saudagar Allah : Dunia Untuk Akhirat Jua”
As for the first post, allow me to introduce myself.. Abdul Azim B Talib, 20 years old.. Currently a 2nd year 2nd semester students from Universiti Teknologi PETRONAS.. Anak ke-7 dari 9 adik beradik.. Ayah disayangi bernama Talib B Abdul Rahman, ibunda tercinta Rafieyah Bt Sulaiman..
Pernah bersekolah di SK Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, sekolah warisan keluarga kami dari abang sulung, sehingga adik bongsu.. tamat darjah 6, bersekolah di SBP Integrasi Batu Rakit sehingga tingkatan 5. SPM 2007, melanjutkan ke UTP sehingga sekarang..
Tujuan buat blog? well, nothing much.. bukan untuk berpolitik, mahupun untuk meluahkan apa yang tidak patut dan personal matters.. cuma sekadar menjadi madah untuk berkongsi fikiran dan idea, dan mungkin juga boleh dijadikan medan dakwah kontemporari di samping membuktikan bahawa umat Islam tidak mundur atau kolot seperti yang dilihat sesetengah pihak..
Akhir kata untuk post pertama, semoga blog ini dirahmati Allah, dan tidak menjadi fitnah kepada Islam, diri dan keluarga.. May we all be blessed by Him..

Penulis bersama family tercinta
Wallahu ‘alam..